DULU INDIE SEKARANG HARDCORE ?
Aku nak share sikit ni pasal pengetahuan aku kat korang pasal scene-2 muzik . ni apa yang aku kaji la time buat dokumentari . hee apa yang aku nak ceritakan tentang : HARDCORE, MOSHERS,T-SHIRT DESIGN GANAS-GANAS dan MOSH CREWS.Kesemua perkara yang aku telah sebutkan tadi mungkin korang pernah dengar atau lihat dikalangan anak-anak muda kita. Apa yang dimaksudkan aku adalah golongan-golongan TRENDING FOLLOWERS !
First aku nak ceritakan tentang sejarah music HARDCORE.Music yang digelar HARDCORE ini sebenarnya berasal dari negara USA.Pada awal 1980an apabila music punk mula diterima di USA,barulah music ini bermula. Secara faktanya ,HARDCORE ADALAH PUNK. Mesti korang tak faham kan ? tapi sebenarnya itulah realitinya,
Terdapat juga sebuah tarian yang berasal dari MOSHING/POGO PUNK yang ditambah elemen-elemen MARTIAL ARTS,BREAK DANCING dan banyak lagi.Yang paling selalu dilakukan oleh peminat HARDCORE dulu ialah tarian 2-STEP,SLAMMING dan STAGEDIVE. Pada 1990an musik HARDCORE telah BEREVOLUSI dengan ditambahkan elemen-elemen music lain dan music hardcore menjadi semakin tercemar dan lari daripada asasnya iaitu PUNK. Antara pengubahsuain musik HARDCORE ialah METALCORE,DEATHCORE,SCREAMO DAN POST-HARDCORE.
Terdapat juga satu movement dalam scene hardcore ini,iaitu STRAIGHT EDGE/sXe. korang taw tak ape itu straight edge ? ni aku nak terangkan .
Straight edge ini merupakan permulaan remaja ber-ideologi PUNK menentang sifat-sifat buruk dalam BUDAYA PUNK ATAU DALAM MASYARAKAT. diorang MENENTANG SALAH GUNA DADAH,PENGAMBILAN ALKOHOL,MEROKOK DAN MEMPERJUANGKAN HAK HAIWAN/MEREKA PERJUANGKAN VEGANISM/TIDAK MEMAKAN ATAU MENGGUNAKAN APA-APA PRODUK DARI HAIWAN. Mereka yang menyokong atau mengikuti ideologi STRAIGHT EDGE ini menggunakan lambang X. kebiasaannya diorang akan melukis X pada tangan mereka semasa gig band-band HARDCORE.
Cerita pasal Lokal hardcore pulak , sekarang ni band-2 HARDCORE MALAYSIA tengap up wow , macam dulu orang ramai layan INDIE , sekarang diorang MORE kepada sound HARDCORE pulak . Antara band-2 lokal yang tengah top sudah tentunya " Massacre Conspiracy , The Padang , Sleeping Sorrow , Kids On The Move , I Revival " memang terlalu banyak laa . lokal band ni pon bukan setakat orang tempatan je yang layan tapi orang luar negara pon kenal diorang ni . nampak tak scene HARDCORE kita powerkan :) tapi sayangnya sound-2 diorang ni tak diterima RADIO untuk umum . kalau lagu diorang diputarkan dekat radio mesti lagi powerkan ? hihi . apa pon kite kena support laa local-2 band yang ada kat Malaysia ni :) RESPECT GILA KAT KORANG SEMUA !
 |
| kids on the move |
 |
| the padangs |
 |
| massacre conspiracy |
 |
| i revival |
 |
| sleeping sorrows |